Connect with us

Oh! Media

Johan Dan Ozlynn Didik Anak-Anak Utamakan Al-Quran

Add2ba2blittle2bbit2bof2bbody2btext2b252832529png

Umum

Johan Dan Ozlynn Didik Anak-Anak Utamakan Al-Quran

Korang kenal tak pasangan yang kelakar, Johan dan Ozlynn? Anak diaorang kemain ramai hahaha. Diaorang ni selalu dipuji dengan netizen sebab cara mendidik anak-anaknya. Baru-baru ini, isterinya ada share tentang nasihat Johan yang paling deep dekat anak-anaknya iaitu kepentingan belajar Al-Quran.


Dalam mendidik anak-anaknya Johan selalu berpesan supaya pentingkan ilmu Al-Quran. Belajar tinggi sampai oversea buat apa tapi dalam diri tu kosong? Sebab Al-Quran ni lah akan jadi penyelamat bila kita mati nanti. Betul tak gais?

Papa cakap dekat semua anak, belajar sampai oversea tapi dalam diri kosong tidak berguna. Pandai banyak bahasa tapi tidak tahu bahasa Quran pun tidak berguna. Nasihat Papa toksah sibuk cari salah orang sampai lupa salah sendiri. Kalau Quran makanan hari-hari pasti jadi penyelamat diri bila mati. Tegas dan padu, maka bermulalah kisah subuh anakku dengan Quran. Cuti sekolah kan? Nasihat ini lebih buat diri sendiri, kalian jangan terasa hati.

IKLAN

Ramai netizen berasa sangat kagum dengan didikan Johan dan Ozlynn. Rata-rata ramai yang memuji pasangan ini dan ada juga yang sentap dengan teguran tu hahaha lebih baik sentap lepas tu sedar. Daripada tak sentap, lepas tu tak sedar-sedar juga buat apa? Sis cakap je.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas