Connect with us

Johan As’ari Ke India Selama 4 Bulan Untuk Dalami Ilmu Al-Quran

Umum

Johan As’ari Ke India Selama 4 Bulan Untuk Dalami Ilmu Al-Quran

Dia mahu dipanggil Johan As’ari, tapi Ohmedia lebih selesa panggil dia Botak aje sebab kalau ikutkan mula-mula tengok dia kat TV pun dengan nama tu (drama Juvana). Ala watak yang buat kita rasa macam nak hempuk aje tu! Haha!

Dengarnya, minggu hadapan Johan As’ari bersama rakan-rakannya akan ke India selama 4 bulan untuk mendalami ilmu Al-Quran. Menurut Johan, Keputusan ini dilakukan demi menunaikan pesanan arwah ibunya. Pemergian Johan selain untuk mendalami ilmu Al-Quran adalah untuk mempertingkatkan ilmu hafazan dan mendekatkan diri kepada Allah. Kalau dah 4 bulan kat sana, nampaknya Botak akan sambut puasa dan syawal di India la ye?

Insya Allah selepas segala urusan kerja yang tertangguh selesai, saya akan berangkat ke sana secepat mungkin. Sekarang saya perlu melunaskan tanggungjawab untuk satu fotografi filem Juvana 2 dan 3, kemudian baru boleh berangkat ke India. Saya akan menghabiskan masa selama 4 bulan di India, sekaligus mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Sebenarnya saya telah lama menanam azam untuk ke sana, namun ekoran berdepan dengan tanggungjawab kerja, hasrat itu terpaksa ditangguhkan. Tambahan arwah ibu sendiri pernah menyuarakan hasratnya untuk saya memperbaiki ilmu hafazan kerana telah lama ditinggalkan. Disebabkan itu, saya nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia demi mengejar ilmu di sana.

Saya akan berangkat ke India secara berkumpulan iaitu seramai tujuh hingga lapan orang. Di sana sudah ada rakan yang menunggu kami. Seorang daripada kami akan dilantik selaku ketua rombongan.

Ohmedia ucapkan semoga selamat pergi dan pulang kepada Johan As’ari dan kawan-kawan yang lain. Semoga pemergian tersebut memberi impak yang baik kepada dirinya dan juga orang disekeliling. Selamat menimba ilmu buat kalian!

OHMEDIA: HANG BOTAK LAGI HENSEM TAU BOTAK? ERR, LAGI HENSEM TAU JOHAN!

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top