Connect with us

Oh! Media

Jehan Sempat Bersama Bapanya Sehingga Ke Hembusan Terakhir

copy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bw2bi2bn2ba2bt2br2bi2bp2bt2bo2b252832529png

Umum

Jehan Sempat Bersama Bapanya Sehingga Ke Hembusan Terakhir

Miskin Pakir Mohamad, 78 yang merupakan bapa kepada pelakon Jehan Miskin dikatakan telah meninggal dunia pada 16 November jam 10.35 malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Jehan turut berkongsi kehilangan dan berita sedih ini di akaun instagram dan facebook miliknya.

“Papa kesayangan kami telah pun meninggal dunia. Kami memberi penghormatan kepadanya dengan meraikan kehidupannya dan menyimpan kenangan ketika dia masih hidup.

IKLAN

“Dia adalah insan yang paling jujur, pintar, murah hati, berkarisma dan berani. Dia benar-benar tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan.

“Dia membentuk saya menjadi siapa saya kini dan saya tidak mungkin berada di sini hari ini tanpanya.

“Apa yang kami harapkan, doa dan sedekahkan al-Fatihah buatnya, agar rohnya dicucuri rahmat,” tulisnya.

Tambah Jehan, 38, mereka juga bernasib baik kerana telah berada di sisi Allahyarham, sehingga ke hembusan terakhir.

“Ini adalah salah satu pengalaman yang paling bermakna dan mendalam dalam hidup saya, dan saya sentiasa bersyukur.

“Papa, anda bebas sekarang, di antara bintang-bintang di mana anda berada. Kami sayang anda selama-lamanya, sehingga kami bertemu lagi,” ujarnya.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

A post shared by Jehan Miskin (@jehan_miskin) on

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas