Connect with us

Oh! Media

James Cameron Ucap Tahniah Kepada Pasukan Avengers Kerana Berjaya Karamkan Titanic

Titanic avengers hgm 73f262bc 7213 11e9 817d 3278e204c144jpg

Umum

James Cameron Ucap Tahniah Kepada Pasukan Avengers Kerana Berjaya Karamkan Titanic

James Cameron yang merupakan seorang pengarah dan penerbit filem Hollywood terkemuka memberikan ucapan tahniahnya kepada filem terbaharu MCU, Avengers: Endgame.

Filem Avengers sebelum ini telah berjaya memintas filem Titanic yang ditayangkan pada tahun 1997 yang berada di tempat kedua paling untung.

Cameron melalui akaun Instagramnya memunaik gambar kapal Titanic yang tenggelam setelah berlanggar dengan logo Avengers.

IKLAN

“Kepada Kevin (Feige, penerbit) dan semua yang ada di Marvel.

“Sebongkah ais telah menenggelamkan kapal Titanic sebenar.

“Tetapi memerlukan sekumpulan Avengers untuk menenggelamkan Titanic saya.

“Kami di Lightstorm Entertainment mengagumi pencapaian anda. Anda telah buktikan industri perfileman masih hidup,” tulisnya.

Filem terbitan Marvel Studios itu telah mengutip AS$2.2 bilion (RM9.245 bilion) dalam masa kurang dua minggu ditayangkan. Manakala Titanic sebelum ini berjaya mengutip AS$2.1 bilion (RM9.07 bilion).

Bagaimana kutipan itu dijangka akan terus meningkat dan masih ramai yang mahu melihat adakah Avengers: Endgame berjaya mengalahkan rekod yang dipegang oleh filem Avatar iaitu AS$2.78 bilion (RM11.541 bilion).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas