Connect with us

Oh! Media

Iqram Dinzly Mohon Maaf Pada Zaquan Adha & Ayu Raudhah

Umum

Iqram Dinzly Mohon Maaf Pada Zaquan Adha & Ayu Raudhah

ADVERTISEMENT

Pelakon Iqram Dinzly memohon maaf kepada suami Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha jika dia terasa hati melihat isterinya dipukul teruk  dalam filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3).

Iqram, 33, berkata, sebagai suami, Zaquan mempunyai hak untuk berasa bengang apabila melihat babak Ayu dipukul tetapi pada masa sama pemain bola sepak itu perlu faham ia hanyalah lakonan semata-mata.

“Saya tidak boleh pertikaikan hak dia (Zaquan) sebagai suami apabila berasa marah melihat adegan tersebut.

“Dan saya memohon maaf sekiranya dia terasa hati sehingga mengeluarkan status meluahkan rasa tidak puas hati Ayu dipukul,” katanya .

Pada petang Selasa, Zaquan yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan memuat naik status di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati melihat adegan Ayu dipukul Iqram dalam Lagenda Budak Setan 3 (LBS3)  ketika menghadiri pra tonton filem tersebut pada 27 Ogos lalu.

Adegan itu menyebabkan Zaquan bertegas tidak membenarkan isterinya berlakon lagi.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas