Connect with us

Oh! Media

(Video) Kerana Adegan Peluk, Ifa Raziah Terkilan Teguran Rosyam Nor

gambarifa1jpg

Umum

(Video) Kerana Adegan Peluk, Ifa Raziah Terkilan Teguran Rosyam Nor

Selain daripada kejutan lamaran Hairul Azreen kepada kekasihnya Hanis Zalikha menerima pelbagai kritikan, persembahan penyanyi Ifa Raziah juga turut menerima kritikan dan teguran dari orang awam dan juri.

Persembahan Ifa Raziah yang mendendangkan lagu Matahari sambil berpelukan dengan pelakon Hisyam Hamid merima teguran daripada Datuk Rosyam Nor bahawa persembahannya itu tidak sesuai dipertontonkan kepada umum.

Menurut Ifa, dia agak terkilan dengan teguran yang diberi malah menafikan niat untuk menggatal dengan pelakon kacak Hisyam Hamid kerana ia sekadar lakonan semata-mata.

IKLAN
“Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan.
“Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.
“Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini.” jelas Ifa.

Berikut video persembahan Ifa Raziah dan Hisyam Hamid yang menerima kritikan yang dirakamkan oleh Budiey Isma.


Gambar : Malaysian Gazatte



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas