Connect with us

Oh! Media

Ibu Shaheizy Sam Disaman Kerana Guna Plat MOMMY

Khatyjpg

Umum

Ibu Shaheizy Sam Disaman Kerana Guna Plat MOMMY

Ibu kepada aktor kacak Shaheizy Sam iaitu Khaty Fauziah yang juga seorang artis veteran telah disaman oleh pihak berkuasa (JPJ) kerana menggunakan plat kenderaan MCM 1774 yang agak ‘fancy’ sehingga terbentuk perkataan MOMMY.

Nombor pendaftaran itu telah dipasang ke atas kereta mewah jenis Audi A5 yang dihadiahkan oleh Shaheizy Sam kepada ibunya. 

“Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas”

“Mummy akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi,” ujar Khaty mengulas.

Baguslah pihak JPJ tiada kompromi dalam melaksanakan undang-undang.

IKLAN

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas