Connect with us

Oh! Media

Ibu Sedih Tidak Dapat Beraya Bersama Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Umum

Ibu Sedih Tidak Dapat Beraya Bersama Syamsul Yusof & Puteri Sarah

ADVERTISEMENT

Ibu pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof, 30 menzahirkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut hari lebaran pada tahun ini bersama-sama Syamsul dan menantunya Puteri Sarah kerana pasangan itu bakal menyambut Aidilfitri di Mekah.

Syamsul dan Puteri Sarah bertolak ke tanah suci pada 18 Julai lalu menerusi penerbangan Saudi Airlines kerana ingin menunaikan umrah dan mendapat keberkatan 10 malam terakhir Ramadhan seterusnya menyambut Aidilfitri di sana.

“Alhamdulillah Syamsul dan Liyana sudah pun berada di Mekah bagi mendapat keberkatan 10 Ramadan terakhir dan turut menunaikan Umrah.

“Sudah alang-alang, mereka juga akan menyambut Aidilfitri di sana bagi merasai suasana yang berara di Mekah pula,” katanya.

Menurut Datin Patimah, dia berasa sedih kerana tahun ini hanya seorang sahaja menantunya iaitu Aeishah Zainal iaitu isteri kepada Syafiq yang akan beraya bersama mereka.

“Ingatkan tahun ini seronoklah sambutan raya kami kerana kehadiran dua menantu dalam keluarga tetapi Sarah dan Syamsul pula tiada.

“Sebagai ibu, pastinya saya berasa sedih, tetapi dalam masa sama tetap gembira dengan keputusan yang mereka buat itu dalam menjadi seorang umat Islam yang lebih baik.

“Jadi kami sekeluarga hanya menyambut Hari Raya ala kadar sahaja. Mujurlah Syafiq dan isteri bersama kami,” ujarnya.

Tambah Datin Patimah, Syamsul dan Sarah hanya akan pulang ke tanah air pada sambutan Aidilfitri yang kelima ini.

Mesti ramai yang tidak lupa Syamsul Yusof pernah bercerita yang dia pernah berdoa bersungguh-sungguh dihadapan Kaabah ketika menunaikan umrah hujung tahun 2013 lalu agar Allah temukan jodohnya. Syamsul kemudiannya diduga pula dengan masih tidak sembuh Demam Denggi pada hari pernikahannya yang membuatkan Syamsul kembali ke wad selepas selelai majlis tersebut dan dijaga isteri yang baru dinikahinya, Puteri Sarah. Jelaslah inilah jodoh yang Allah kurniakan kepadanya.

Tahun ini, pemergian Syamsul Yusof ke tanah suci ditemani jodoh yang dimakbulkan itu. Tertulis di salah satu caption gambar di Instagramnya, “Bersama isteri / tulang rusuk kiriku di Bukit Uhud, Madinah”.

Moga hubungan yang terbina berkekalan hingga ke syurga.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas