Connect with us

Oh! Media

Ini Filem Tentang Peperangan Kapal Selam Paling Gempak Pernah Kami Tonton!

Umum

Ini Filem Tentang Peperangan Kapal Selam Paling Gempak Pernah Kami Tonton!

Baru-baru ini, team Ohmedia sempat menonton filem Hunter Killer di GSC Pavilion dan sehingga saat artikel ini ditulis, kami masih belum betul-betul boleh move on lagi dengan apa yang dah kami tonton. Dari awal, Ohmedia memang jenis tak suka tengok trailer ataupun sinopsis untuk sesebuah movie yang nak ditonton, jadi kami tak letakkan apa-apa harapan kepada filem Hunter Killer ini. Kalau korang tetap nak tengok trailer & sinopsis filem Hunter Killer ni, boleh klik di link ini.

ADVERTISEMENT

Filem ini bermula dengan agak mendatar untuk beberapa minit di awal cerita tapi lepas tu terus jadi thriller sampailah habis. Setiap babak memang penuh dengan rasa suspen buat hati kami berdebar-debar. Bermula dengan babak Kapal Selam ditembak peluru berpandu di perairan Rusia yang sangat mengejutkan sampai tak senang kami nak duduk. Rasa nak ke tandas pun kami tunda sampai filem ni habis. Haha! Itulah hebatnya filem Hunter Killer yang sangat epik dibintangi oleh Gerard Buttler untuk tahun ini.

Gerard Buttler membawa watak Joe Glass, seorang kapten Kapal Selam Amarika yang ditugaskan menyelamatkan krew sebuah lagi Kapal Selam Amerika yang ditembak pihak Rusia. Dalam misi pencarian tersebut, mereka berjaya menjumpai Kapal Selam tersebut yang telahpun musnah dan tenggelam ke dasar laut mengorbankan semua di dalamnya akibat bedilan Peluru Berpandu Rusia.

Apa yang mengejutkan selepas itu bila Joe Glass dan krew Kapal Selam nya turut menjumpai Kapal Selam Rusia pula yang rosak teruk kerana turut ditembak di dasar laut dengan kesan kerosakan yang mencurigakan sedangkan pihak Amerika tidak lagi melakukan sebarang serang balas kepada Rusia.

Dari situlah bermulanya konflik apabila pihak Amerika mendapat tahu berlakunya rampasan kuasa di Rusia dan sengaja ingin memulakan Perang Dunia Ke-3 antara dua kuasa besar iaitu Amerika dan juga Rusia. Apa yang jadi seterusnya, itu korang kena tengok sendiri kerana apa yang Ohmedia cerita ni hanya babak beberapa minit selepas filem bermula. Panjang lagi cerita dia lepas tu.

Bagi Ohmedia, Hunter Killer ini bukanlah “the best movie ever” yang pernah kami tonton, tapi ianya memang sangat menyeronokkan dan kami sangat berpuas-hati kerana berkesempatan untuk menontonnya. Dari kisah krew Kapal Selam dan bagaimana filem ni diolah dengan memasukkan gabungan ketenteraan darat dan air memang sangat genius antara satu sama lain.

Filem Hunter Killer ini dikategorikan sebagai filem P13. Kalau hujung minggu ni korang mencari sebuah filem yang best untuk ditonton bersama kawan-kawan (kebetulan tengah tak ada filem best kat wayang sekarang ni), pastikan Hunter Killer ni ada dalam wishlist untuk korang tonton dan nilaikan sendiri.

Ohmedia sebulat-suara memberikan filem Hunter Killer ini dengan rating 8/10.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas