Connect with us

Oh! Media

“Hukuman Rotan Murid Tidak Relevan Lagi Masa Kini” – Yasmin Hani

Umum

“Hukuman Rotan Murid Tidak Relevan Lagi Masa Kini” – Yasmin Hani

Pelakon Yasmin Hani menganggap budaya guru menghukum murid dengan merotan mereka sudah tidak relevan lagi pada masa kini.

ADVERTISEMENT

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 36, berkata, budaya merotan harus ditukarkan kepada kaedah yang lain kerana ia dilihat lebih berkesan.


“Saya rasa guru naik tangan kepada pelajar tidak perlu lagi sekarang ini kerana sesorang pelajar mungkin mempunyai gangguan atau masalah dalam hidupnya menyebabkan mereka melakukan kesalahan.

“Guru masa kini tidak perlu untuk mengikut cara guru-guru duhulu mengajar dengan merotan pelajar kerana masa kini terdapat pelbagai cara lain boleh dilakukan untuk menghukum para pelajar,” katanya.

Tambah Yasmin, seseorang guru harus mengambil pendekatan untuk berkomunikasi secara baik dengan pelajar yang mempunyai masalah daripada terus menghukum tanpa mengetahui punca sebenar yang dihadapi.

“Bagi saya apa yang boleh guru lakukan ialah mengorek rahsia atau masalah yang dialami oleh pelajar dengan menggunakan perkataan How (bagaimana) dan What (apa) daripada bertanyakan why (kenapa) kerana ia dilihat seperti melakukan provokasi kepada sesorang pelajar.

“Guru harus menggunakan cara psikologi kepada pelajar kerana secara langsung pelajar itu akan bercakap dan mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi secara sendiri,” jelasnya.

Berkongsi pengalamannya sendiri, Yasmin berkata, bapanya sendiri menggunakan pendekatan psikologi untuk mengatasi kesalahan yang dilakukan.

Dalam pada itu tambah Yasmin, ibu bapa tidak boleh salahkan guru dan guru juga tidak sepatutnya salahkan ibu bapa kerana kedua-dua pihak harus bekerjasama dalam mendidik. – mstar.com

OHMEDIA: Mungkin benar juga. Pelajar sekarang bukan macam pelajar dulu. Guru kena lebih bijak guna kaedah psikologi dan cara yang lembut untuk mendidik murid zaman sekarang.

————————————–
www.facebook.com/beautylace
Persedian awal menjelang raya. Jualan awal gila gila di Beautylace dari RM11.00 sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas