Connect with us

Oh! Media

Hilang Seketika Di Dalam Industri, Nassier Wahab Disahkan Meninggal Dunia

Untitled2bdesignpng

Umum

Hilang Seketika Di Dalam Industri, Nassier Wahab Disahkan Meninggal Dunia

Siapa je yang taktahu lagu Memori Cinta Luka yang dinyanyikan oleh Dato Nassier Wahab kan? Semalam, penyanyi kepada lagu itu dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 12:45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Nassier Wahab, 57 ingin berehat dan meminta untuk diurutkan belakang badan serta tangannya selepas muntah darah kira-kira jam 12:30 pagi tadi. Dalam beberapa minit kemudian, doktor telah mengesahkan Nassier Wahab telah meninggal dunia kepada insterinya iaitu Datin Fatimah Abd Rauf, 56 yang berada disisi Allahyarham.

Sebelum ni, Allahyarham ada membuat pembedahan dan sesi kimoterapi kerana mempunyai tumbuhan pada rahang kirinya.

IKLAN

Jenazah akan diuruskan di Masjid Batu Belah, Klang dan akan dikebumikan kira-kira pada jam 9:30 pagi ni di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah, Klang.

Al-Fatihah dan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Amin.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube




OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis Berita
Megat merupakan penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas