Connect with us

Oh! Media

Heliza Ditengking Dan Dihalau Pihak Berkuasa Semasa Di Gaza

saya2btak2bboleh2bterima2bdia2bhanya2bsebab2brasa2bkasihan 2bbella2bastillah2b252832529png

Umum

Heliza Ditengking Dan Dihalau Pihak Berkuasa Semasa Di Gaza

Korang kenal tak penyanyi AF dulu, Heliza Helmi? Sekarang ni dia dah jadi aktivis kemanusiaan yang membantu mangsa di Gaza. Baru-baru ini, dia dan rombongan delegasi Malaysia kena berhadapan dengan cabaran perit dan ditahan tentera Mesir semasa diaorang menjalankan misi #wakeupforgaza ditahan tentera.

Dia dan delegasi yang lain kena tidur beramai-ramai di Rafah dalam keadaan tiada bekalan makan dan minuman serta dalam keadaan sesak semasa dalam keadaan darurat. Kesian diaorang ni, betul-betul mencabarnya di bumi anbiya tu dengan cuaca panas lagi, memang menyentuh emosi sis.

Kalau korang tengok laman instagram Heliza, dia ada berkongsi pengalamannya di Rafah. Dia dan rombongan delegasi terpaksa bermalam di sana kerana dia cuba untuk keluar pagi ini. Sebelum itu, dia memang betul-betul terkandas selama berjam-jam malah terputus hubungan dengan keluarga di tanah air sebab tiada jalinan internet sebelum dia diarahkan patah balik semula ke Gaza.

IKLAN

“Memang langsung tak ada kedai. Makna kata, tak ada makanan, tak ada minuman. Masa nak bagi pasport, kena tengking dengan pihak berkuasa, beratur panjang-panjang, then kena halau, then kena beratur lagi kena marah lagi. Sistem suka hati mereka namanya. Kami tak tahu bila kami akan pulang, kepada semua saya mohon maaf salah silap saya kepada semua.” katanya.

Entah macam mana situasi yang dihadapi Heliza, dia ada menulis nota memohon maaf kepada semua orang. Tak apa lah Heliza, kuatkan semangat ya? Bantulah saudara Islam kita di Gaza walaupun kita semua tidak dapat untuk membantu mereka.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas