Connect with us

Oh! Media

Harap Dana Anak Seni Dapat Diwujudkan – Siti Nurhaliza

Umum

Harap Dana Anak Seni Dapat Diwujudkan – Siti Nurhaliza

Ramai yang mengharapkan satu berita baik dari laporan Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November ini. Termasuk, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang mengharapkan agar satu dana untuk meningkatkan prestasi industri muzik tanah air diwujudkan.

ADVERTISEMENT

“Dana ini penting pada waktu dan masa yang kita perlukan dan juga ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika ditemu bual dalam program Ekspresi Selebriti terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama.

“Hal ini terbukti apabila ada artis-artis kita membawa pulang pingat emas, anugerah-anugerah utama sekaligus membuktikan bahawa anak seni negara ini hebat. Tinggal lagi kita belum dapat peluang yang luas,” katanya.

Siti Nurhaliza juga menyatakan ramai artis yang membuat persembahan di peringkat antarabangsa terpaksa menggunakan wang sendiri.

Beliau juga bersedia untuk mengambil mereka yang mempunyai vokal yang baik, bekerja keras, mempunyai bakat dan bersikap rendah diri untuk menjadi artis di bawah naungan Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd (SNP).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas