Connect with us

Oh! Media

Haqiem Rusli Pinta Peluang Kedua

Umum

Haqiem Rusli Pinta Peluang Kedua

Image result for Haqiem rusli
Penyanyi muda, Haqiem Rusli tampil membuat permohonan maaf atas kontroversi yang melanda dirinya selepas mengumumkan dia bakal bersara sebagai penyanyi kerana mengalami masalah kemurungan.
Kata Haqiem dalam sidang media malam tadi, dia menegaskan ia bukan gimik seperti didakwa. Sebaliknya kata Haqiem, dia menggunakan perkataan yang salah dalam menjelaskan situasi yang dihadapinya.
“Saya bukan orang yang bijak, apabila saya kata kemurungan dalam menggambarkan situasi mungkin saya salah pilih perkataan namun saya tidak menipu mengenai perkara itu.
“Sebenarnya saya mengalami kemurungan ringan disebabkan tekanan kerja, masalah tidur, berat badan tidak menentu selain tekanan akibat kecaman daripada netizen,” jelasnya.
Haqiem juga meminta diberikan peluang kedua agar dapat memperbaiki kesilapannya.
“Setiap manusia melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa yang saya alami bukan disebabkan orang lain tetapi lebih kepada perubahan gaya hidup selepas bergelar selebriti.
“Beri peluang kedua pada saya untuk menebus kembali kesilapan yang dilakukan… Saya rendah diri untuk memohon maaf kepada semua,” katanya.
Dalam pada itu, Haqiem turut memohon maaf kepada Ernie Zakri dan Wany Hasrita yang turut terkena tempias dalam kontroversi ini.
“Mereka tidak bersalah… Apa yang berlaku adalah salah faham dan saya benar-benar mohon maaf,” ujar Haqiem. 
Sumber: mStar Online.

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas