Connect with us

Oh! Media

(Tahniah) Skandal Tamat, Hanez Suraya Kini Sah Isteri Romie Razin Adilha

Umum

(Tahniah) Skandal Tamat, Hanez Suraya Kini Sah Isteri Romie Razin Adilha

Selepas menempuhi kisah cinta penuh kontroversi, aktres cantik Hanez Suraya kini sah menjadi isteri kepada kekasihnya Romie Razin dengan sekali lafaz dalam satu majlis ijabkabul yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya semalam.

ADVERTISEMENT

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid berkenaan dan berwakil walikan ayah Hanez iaitu Abdul Aziz Mohd Said.

Hanez Suraya, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan manakala wang hantaran pula dirahsiakan.  Hanez dan Romie kelihatan anggun dan kacak mengenakan busana berona putih

 Pasangan ini terdahulu mengikat tali pertunangan pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Seremban.

Menurut Romie, pernikahan ini merupakan tanda cintanya terhadap Hanez dan berharap agar cerita yang kurang enak tentang mereka tidak dibangkitkan lagi kerana ia sudah menjadi sejarah dalam hidup mereka.

“Selepas apa yang kami berdua lalui, Alhamdulillah ia berakhir dengan ikatan yang sah dan berharap tiada apa lagi akan dibangkitkan selepas ini.

“Pernikahan ini adalah bukti saya cintakan Hanez dan mahu menjadi seorang suami yang baik dan membimbingnya ke arah kebaikkan selepas ini,” katanya.

 

 

 

OHMEDIA: Tahniah buat Hanez Suraya & Romie Razin Adilha kerana selamat mendirikan rumahtangga. Semoga terus berbahagia menempuhi kehidupan sebagai suami isteri. 

Video Menarik!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas