Connect with us

Oh! Media

Selepas 4 Kali Pemeriksaan, Fouziah Gous Sah Hamil 2 Bulan Setengah

ohmedia fouziah gous hamil 5png

Umum

Selepas 4 Kali Pemeriksaan, Fouziah Gous Sah Hamil 2 Bulan Setengah

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Nona, Fouziah Gous kerana selepas hampir dua tahun mendirikan rumahtangga dengan Zhafran, kini dia telah disahkan sedang hamil dua bulan setengah.

Fauziah memaklumkan bahawa dia hanya tahu tentang kehamilan itu setelah pulang dari menjalani penggambaran Non di Jepun, Mac lalu.

IKLAN

Menurut Fouziah, pada mulanya dia tidak mempercayai kehamilan itu sehingga dia telah melakukan 4 kali ujian kehamilan.

“Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan.

Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa.

Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk malkukan ujian di pusat perubatan swasta. Apabila diberitahu kandungan saya sudah berusia tujuh minggu, barulah saya yakin sepenuhnya.

Kalau diikutkan sebelah keluarga saya ramai lelaki, manakala suami pula ramai perempuan. Namun, dalam soal ini saya dan suami tak kisah asalkan anak yang bakal lahir nanti cukup sifat, sempurna dan sihat.”

OHMEDIA: Tahniah buat Fouziah dan Zhafran. Pastinya ini adalah berita gembira bagi pasangan yang sudah lama menantikan cahayamata. 

——————————————————– 

https://www.facebook.com/ohperfumenista 
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
Hanya RM110 sahaja untuk 2 Perfume. FREE POSTAGE + FREE TESTER
Boleh campur brand
Whatsapp – 0122553390
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas