Connect with us

Oh! Media

Betul Sangkaan Netizen, Akhirnya Persoalan Terjawab Tentang Fizo Dan Mawar

Umum

Betul Sangkaan Netizen, Akhirnya Persoalan Terjawab Tentang Fizo Dan Mawar

Gais!! Fizo Omar dah melafazkan cerai talak satu dekat isterinya, Mawar Karim di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada pukul 10.55 pagi, Rabu. Sis memang terkejut bila dengar berita ni.

ADVERTISEMENT

Dulu sis adore dengan diaorang tetapi nak buat macam mana? Tak ada jodoh kan. Diaorang hanya bertahan selama enam tahun je gais. Lafaz cerai Fizo tu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.

Mawar pernah je sebelum ini pada 5 Julai yang lalu, dia memfailkan permohonan cerai mengikut seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Fizo pun terkejut bila dapat tahu isterinya pun dah mendapatkan nasihat rumahtangga daripada peguam.

Perkahwinan diaorang itu mula menjadi bualan hangat netizen dan dikatakan berdepan dengan masalah bila Fizo sambut Hari Raya secara berasingan dengan isteri dan anaknya, Wan Maryam.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas