Connect with us

Oh! Media

Filem Polis Evo 2 Terus Dikecam Walaupun Belum Ditayangkan

Umum

Filem Polis Evo 2 Terus Dikecam Walaupun Belum Ditayangkan

Sehingga kini, filem Polis Evo 2 berdepan dengan kontroversi ekoran didakwa memberi imej buruk kepada Islam.

ADVERTISEMENT

Akibat daripada dakwaan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat perkara tersebut selepas beberapa pihak menyatakan hasrat untuk memboikot filem yang bakal ditayangkan 22 November ini.

Bagaimanapun Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Norman Abdul Halim menyifatkan semakan semula itu adalah suatu perkara yang tidak adil bagi penerbit serta mewujudkan ketidak-tentuan di dalam industri yang akan menjejaskan pelaburan jangka panjang.

“Merujuk kepada kenyataan KDN yang berhasrat untuk menyemak semula filem Polis Evo 2 setelah melepasi piawaian proses kelulusan dari dua agensi Kerajaan iaitu Lembaga Penapisan FIlem (LPF) dibawah KDN dan Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi menetapkan tarikh tayangan

“Pihak kami percaya bahawa penerbit filem ini iaitu Astro Shaw Sdn Bhd telah mematuhi segala garis panduan LPF yang telah ditetapkan dan proses pra-tonton 100% telah dilaksanakan.

“Adalah amat merisaukan penerbit-penerbit yang lain, sekiranya perkara sebegini sering berlaku dalam Industri Perfileman Malaysia, penerbit telah mengeluarkan modal yang besar dan telah mempromosikan filem setelah mendapat tarikh tayangan.

“Oleh kerana ada pihak yang membuat komen dengan hanya melihat trailer filem, semua proses pengeluaran filem terganggu.

“Dengan harapan mewujudkan industri kandungan kreatif yang lebih kondusif dan mampan diterajui oleh sektor swasta, persepsi negatif serta sekatan-sekatan terhadap industri hiburan tempatan harus dikikis dan tidak lagi dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas