Connect with us

Oh! Media

Filem Kontroversi Malaysia Bakal Ditayangkan di Pawagam Perancis

lhd2jpg

Umum

Filem Kontroversi Malaysia Bakal Ditayangkan di Pawagam Perancis

Filem kontroversi Lelaki Harapan Dunia akan ditayangkan di pawagam di Perancis dan bertanding di Festival Filem Antarabangsa Fajr ke-33 di Tehran, Iran.

Lelaki Harapan Dunia (‘Men Who Save The World’), yang diarahkan oleh Liew Seng Tat telah terpilih untuk program, ‘cinema on demand’ yang diuruskan oleh I Like Cinema di Perancis. Tayangan pertama dijadualkan pada hari ini.

Ia juga akan bertanding dalam kategori ‘East Panorama’ pada Festival Filem Antarabangsa Fajr yang ke-33 di Tehran, Iran dalam kategori ‘East Panorama’ yang akan berlangsung pada 25 April hingga 2 Mei 2015.

IKLAN

Selain itu, filem ini telah menerima sokongan dana antarabangsa dari 7 buah negara dan sebuah penerbitan bersama Malaysia dengan Belanda, Jerman dan Perancis.

Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan di pawagam di Malaysia pada November lalu.

Sejak ditayangkan di tayangan perdana dunia sempena Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014, ia telah terpilih dan

ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa di seluruh dunia termasuk festival berprestij Toronto, Busan, Rotterdam, Gothenburg, Hong Kong dan banyak lagi.

Sumber: Malaysian Digest

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas