Connect with us

Oh! Media

Fattah Amin Tutup Komen Setelah Dikecam, Kongsi Pesan Imam Syafie

Umum

Fattah Amin Tutup Komen Setelah Dikecam, Kongsi Pesan Imam Syafie

ADVERTISEMENT
Tindakan yang diambil oleh pelakon dan suami kepada Fazura menjadi tanda tanya kepada peminatnya apabila beliau memuat naik gambar yang mengandungi pesanan Imam Syafie dan menutup ruang komen tersebut. Peminat menyangka mungkinkah ini respon apabila video pasangan ini yang terlebih manja tular di media sosial dan mendapat kecaman dari orang ramai.
Engkau takkan mampu menyenangkan hati semua orang. Kerana itu, cukup bagimu memperbaiki hubungaanmu denga Allah, dan jangan terlalu peduli penilaian manusia. – Iman Syafie
Ramai yang mula mengkritik pasangan ini kerana aksi tersebut dilakukan di khalayak ramai pada bulan ramadan. Tambahan pula dengan penampilan Fazura yang sudah berhijab membuatkan mereka dikecam dengan lebih teruk.
Beliau hanya menutup ruang komen untuk gambar tersebut dan membuatkan makcik bawang dan peminat tegar Fattah Amin bertgaduh antara satu sama lain di ruangan komen pada gambar lain.
Oh! Media : Jadi diharapkan agar perkara ini dijadikan pengajaran kepada pasangan artis ini. Biasalah, ramai yang akan memerhati tingkah laku anda sebagai seorang artis dan ini perlu bagi anda supaya lebih berhati-hati lagi serta menjaga tingkah laku walaupun sudah sah bergelar suami isteri.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas