Connect with us

Farhan Larikan Duit Abby Abadi RM10,000

Umum

Farhan Larikan Duit Abby Abadi RM10,000

Simpati kami melihat nasib pelakon Abby Abadi. Satu persatu dugaan yang datang kepadanya tapi kami pasti Abby sememangnya seorang yang kuat dan tabah mengharungi segala yang datang.

Selepas bercerai dalam usia perkahwinan yang belum sampai satu tahun dengan Noor Farhan, kini timbul isu kononnya Farhan pernah meminjam duit Abby sejumlah RM10,000 digunakan untuk membeli sebuah kereta untuk bekas adik iparnya namun tidak dipulangkan kembali sehingga hari ini. 

Menurut Abby, perbincangan cuba dijalankan dan Farhan berjanji untuk memulangkan wang tersebut sebelum tiba Ramadhan yang lalu namun sehingga kini masih lagi tiada jalan penyelesaian sehingga memaksa Abby membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut.

“Kalau ikutkan dari awal lagi saya tak nak kaitkan dia lagi dan besar-besarkan kes ini tapi usaha saya untuk menuntut semula hak saya secara baik tidak dilayan. Dia gagal dihubungi dan langsung tak ada inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini.

“Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan. Sekarang dah lama raya habis dia masih berdiam diri.

“Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya. Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini” jelas Abby Abadi.

Apapun, kami doakan segala urusan Abby Abadi dipermudahkan Allah. Lagi banyak ujian, lagi sayang Allah kepada hambanya yang sabar menghadapi. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top