Connect with us

Oh! Media

Bini Dilarikan Lelaki Dikenali, Ezany Buat Laporan Polis

Ohmedia ezany isteri lari lapor polisjpg

Umum

Bini Dilarikan Lelaki Dikenali, Ezany Buat Laporan Polis

Nampak serius bila munggu lalu isteri kepada pelakon yang juga usahawan, Ezany Nazariff membuat pemohonan cerai tetapi kali ini isterinya itu dilarikan lelaki dikenali sejak 17 Julai 2014 yang lalu. Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani Mohd Nizariff membuat laporan polis di Balai Polis Kinrara bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Kejadian itu berlaku ketika pengusaha Belacan ini bangun untuk bersahur lebih kurang jam 4:30 pagi dan mendapati isterinya sudah tiada dipercayai keluar dari rumah melalui pintu hadapan di tingkat bawah yang tidak berkunci.

“Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana,” ujarnya kepada Harian Metro.

IKLAN

Ezany turut berkata yang dia tiada pilihan lain selain membuat laporan polis selepas isterinya masih tidak pulang hingga semalam (20 Julai 2014). Dugaan Ramadhan buat Ezany.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas