Connect with us

Oh! Media

Ezad Exist Ditahan Kerana Miliki Dadah Jenis Syabu?

Umum

Ezad Exist Ditahan Kerana Miliki Dadah Jenis Syabu?

Vokalis kumpulan Exist yang terkenal pada era 9an iaitu Ezad dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah pusat membeli belah di Selayang atas tuduhan memiliki dadah jenis Syabu.

ADVERTISEMENT

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Muhammed Hasbullah Ali, penyanyi itu ditahan ketika berada didalam sebuah kenderaan Toyota Wish dan pihak polis menemui satu paket lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat 0.3gram yang digenggamnya.

“Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Gombak untuk jalani ujian
saringan air kencing sebelum mendapati dia positif dadah jenis syabu.

“Siasatan selanjutnya sedang dijalankan terhadap suspek dan kes
disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1)
(a) Akta Dadah Berbahaya.

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Selayang untuk mendapatkan
perintah reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut esok.

Sumber : Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas