Connect with us

Oh! Media

“Bertudung Kekal Memang Impian Saya” – Erra Fazira

Umum

“Bertudung Kekal Memang Impian Saya” – Erra Fazira

 

ADVERTISEMENT

Dalam majlis perlancaran Aurora by Rizman Ruzaini, aktres cantik Erra Fazira tampil manis mengenakan hijab sambil memperagakan koleksi terbaru dalam majlis tersebut.

Ditanya kepada heroin filem Sembilu itu mengenai hijab, Erra mengakui tanggungjawabnya itu dan mahu perkara tersebut datangnya daripada keikhlasan hatinya sendiri untuk terus memakai hijab.

“Doakan…itu adalah impian saya. Ini bukan sesuatu yang biasa di jaja ceritanya…biar ia datang ikhlas dari hati atas dasar kesedaran dan tanggungjawab. Ia hadir tanpa ada paksaan dari mana mana pihak. Insya-Allah, doakan supaya bahagian penghijrahan saya dipermudahkan dan diberkati,” katanya.

Malah sejak kebelakangan ini, Erra sering dilihat mengenakan penutup kepala seperti skaf atau selendang dalam acara yang dihadirinya selain turut tampil didalam majalah dengan mengenakan hijab dan mengakui sedang berusaha ke arah itu.

OHMEDIA: Sama-samalah kita doakan. Doakan yang baik-baik, jangan mengeji, jangan mengutuk.

Wangian Ini Mampu Memikat

Pherazone ni wangian dengan teknologi yang menjana pelbagai kesan aura dan mencuri perhatian orang sekeliling kita. Bila…

Posted by Oh! Media on Monday, June 1, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas