Connect with us

Oh! Media

Erin Malek Sedih Gambar Ultrasound Tersebar

Umum

Erin Malek Sedih Gambar Ultrasound Tersebar

Walaupun menerima banyak ucapan tahniah atas berita kehamilannya, aktres Erin Malek melahirkan rasa kesal kerana gambar ultrasoundnya tersebar di internet.

ADVERTISEMENT

Menurut Erin, dia tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar kerana hanya berkongsi perkara tersebut hanya dengan keluarga terdekat sahaja.

Tambahnya, dia sebenarnya belum bersedia berkongsi perkara tersebut kerana masih lagi diperingkat awal kehamilan.

“Saya tidak kisah berkongsi khabar kehamilan, tetapi penyebaran gambar tersebut membuatkan saya agak sedih. Lagipun saya masih di peringkat awal kehamilan, jadi saya belum bersedia untuk memberitahu atau mendedahkan mengenai kehamilan kembar ini.

“Ada yang kata saya buat dan macam-macam lagi. Walhal semua ini rezeki dari ALLAH SWT. Tetapi mulut orang, saya tak boleh nak tutup. Sekarang saya lebih banyak mendiamkan diri dan tidak memikirkan sangat perkara tersebut,” katanya bersyukur dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.”katanya.

OHMEDIA: Apapun tahniah buat Erin Malek dan suami. Semoga semuanya baik-baik aja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas