Connect with us

Oh! Media

Enggan Terus Dihimpit Kontroversi, Adi Putra Umum Bersara Dari Industri Hiburan

Ohmedia adi putra umum bersarajpg

Umum

Enggan Terus Dihimpit Kontroversi, Adi Putra Umum Bersara Dari Industri Hiburan

Nama pelakon Adi Putra menjadi sebutan hangat apabila gambar perkahwinan keduanya tersebar luas di media sosial. Malah Adi terpaksa berdiam diri buat seketika sebelum muncul dalam sidang media yang diadakan bagi menjelaskan perkara sebenar.

Dalam sidang media tersebut, Adi mengakui bahawa gambar perkahwinan yang tersebar itu adalah benar berlaku. Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 20 June yang lalu di kediaman isteri keduanya itu.

IKLAN

Adi juga turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah membuat keputusan untuk mengundur diri dari industri hiburan kerana sering dihimpit kontroversi. Walaubagaimanapun, beliau menyatakan bahawa dia akan kekal aktif dalam industri perfileman tempatan.

“Saya akan keluar daripada industri hiburan tanah air tetapi saya tetap akan kekal dalam industri perfileman. Saya mempunyai perancangan-perangcangan saya sendiri mengenai pembabitan saya di dalam dunia perfileman,” katanya kepada Malaysian Digest selepas dihimpit kontroversi membabitkan perkahwinan buat kali kedua bersama seorang janda beranak satu.

Sebelum ini, Adi Putra pernah dikaitkan mempunyai skandal dengan isteri orang iaitu Aida Fasha. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas