Connect with us

Oh! Media

Enam Pasukan Tarik diri, ESL Sedia Pertimbang ‘Plan B’

6 Pasukan Tarik Diri

Umum

Enam Pasukan Tarik diri, ESL Sedia Pertimbang ‘Plan B’

Dunia bola sepak sebelum ini kecoh dengan ketibaan Liga Super Eropah (ESL) atau disebut liga haram oleh kerana dikatakan berniat untuk merampas kebahagian bola sepak. Tetapi, penubuhan liga ini dilihat semakin sampai ke penghujungnya.

BACA: Angkara ESL, UEFA Bakal Beri Gelaran Juara Kepada PSG

Hal ini berlaku kerana penarikan diri 6 kelab Liga England dari ESL menyebabkan mereka sedia menimbangkan cara untuk membentuk kembali liga tersebut.

IKLAN

Memandangkan keadaan semasa, kami akan menimbangkan langkah paling tepat untuk membentuk kembali projek.

ESL direka oleh gergasi bola sepak Eropah pendapatan dari perlawanan biasa berdepan antara satu sama lain yang mana kelab pengasas tidak perlu risau akan risiko layak.

Reaksi terhadap perancangan itu semakin panas dengan ahli politik dan pihak berkuasa bola sepak mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pasukan yang digelar “sedozen kelab kotor” yang mana mereka bakal berdepan penggantungan daripada kejohanan domestik dan benua.

Kelab-kelab dari Liga England, Manchester City menjadi kelab pertama yang mengumumkan penarikan diri dari ESL sebelum Chelsea, Tottenham Hotspur, Manchester United dan Arsenal mengumumkan untuk tidak bertanding dalam liga tersebut.

Kini, hanya tinggal Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, AC Milan, Inter Milan dan Juventus yang masih terbabit dalam projek tersebut dan belum memberi kata putus berkenaan penarikan diri dari ESL.

Jika tidak, bintang-bintang seperti Cristiano Ronaldo, Leonel Messi, Antoine Griezman akan diharamkan dari bermain dalam kejohanan negara di bawah UEFA selain kelab yang diwakilinya juga akan ditendang dari kejohanan UEFA.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas