Connect with us

Oh! Media

Selepas Saham Coca-Cola Jatuh Akibat Ronaldo, Kini Pogba Pula Alih Botol Heineken

Trending

Selepas Saham Coca-Cola Jatuh Akibat Ronaldo, Kini Pogba Pula Alih Botol Heineken

Tindakan pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol Coca-Cola ketika sidang media mendapat perhatian netizen selain turut menyebabkan syarikat minuman ringan itu mengalami kerugian sebanyak RM16.5 Billion selain sahamnya yang turut jatuh menjunam.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasaran Saham Coca-Cola Menjunam Teruk & Rugi Angkara Ronaldo

Ronaldo yang terkenal dengan sifat yang cerewet dari segi diet pemakanan bertindak mengalihkan botol minuman itu selain turut menyeru kepada orang ramai untuk lebih minum air kosong.

Terbaru, pemain tengah Perancis, Paul Pogba turut melakukan perkara yang sama seperti yang dibuat Ronaldo selepas dia bertindak mengalihkan botol minuman alkohol, Heineken yang ketika itu menjadi prop penaja ketika sidang media selepas perlawanan bertemu Jerman dalam saingan Euro 2020, awal pagi tadi.

Paul Pogba yang dikenali sebagai seorang pemain bola beragama islam dan tidak meminum minuman keras kelihatan kurang fokus ketika sidang media tersebut sebelum bertindak mencapai botol itu dengan jarinya dan diletak di bawah meja yang kemudiannya meneruskan sesi menjawab soalan pihak media.

Hal seperti ini perlu menjadi pengajaran kepada UEFA agar berhati-hati dalam memilih penaja kerana produk seperti itu jelas tidak mewakili atlet dan sukan oleh kerana ia tidak sihat.

Kejadian kesilapan penjaan ini juga pernah mendapat kritikan di Liga Perdana Ingeris (EPL) oleh kerana ditaja oleh coklat Cadbury yang jelas merupakan makanan yang sangat manis dan bergula tinggi serta tidak berkesesuaian dengan nama sukan tersebut.

(Sumber: Youtube)

Kredit: Axello.net

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas