Connect with us

Oh! Media

Perez Tolak Dakwaan ESL Sudah Berkubur

Perez Belum Putus Asa

Umum

Perez Tolak Dakwaan ESL Sudah Berkubur

Presiden Liga Super Eropah (ESL), Florentino Perez, menolak dakwaan menyatakan bahawa ESL sudah berkubur ekoran daripada penarikkan diri dibuat oleh 6 kelab dari England selain menyatakan bahawa beliau masih belum berputus asa untuk menubuhkan ESL.

BACA: Enam Pasukan Tarik diri, ESL Sedia Pertimbang ‘Plan B’

Menurutnya, projek ESL masih belum menemui titik noktah kegagalan kerana persetujuan melibatkan 12 kelab tersebut dibuat secara undang-undang yang sah melibatkan proses menandatangani kontrak.

IKLAN

Saya agak sedih dan kecewa. Kami bekerja sejak tiga tahun lalu untuk merealisasikan projek ini terutama dalam perjuangan berdepan situasi kewangan yang teruk dalam bola sepak di Sepanyol.

Skysports florentino perez 5348888
Perez mengungkapkan bahawa beliau masih belum berputus asa selain terdapat undangundang yang sah berkaitan persetujuan antara kelab tersebut

Perez berkata, ESL adalah liga yang terbaik yang mampu mengubah suasana saingan pada pertengahan minggu selain menyatakan bahawa liga juara-juara semakin membosankan dan hanya menarik apabila sudah sampai ke fasa suku akhir.

Dalam kalangan 12 pasukan yang bersetuju untuk menyertai ESL, kami berdepan kerugian sehingga €650 juta (RM3.2 bilion) sepanjang musim lalu.

Perez turut mendakwa terdapat pihak dari Liga Inggeris yang ‘menaja’ sebahagian penyokong di liga tersebut untuk melakukan protes bagi mendesak kelab mereka agar tarik diri daripada ESL.

Penyokong liverpool 2
Penyokong dari kelab liga perdana Inggeris berjaya mendesak kelab mereka untuk menarik diri dari ESL

Mereka memulakan kempen mengatakan bahawa ESL akan membunuh liga mereka dan ia adalah satu usa­ha yang sangat teruk.

Perez turut mengakui terkejut dengan sikap Kesatuan Bola Sepak Eropah atas kritikan yang keras selain mengakui mungkin cara menyampaikannya tidak tepat ketika itu.

Apa silap yang kami lakukan? Mungkin kerana cara kami menyampaikannya tidak tepat tetapi mereka boleh datang dan berbincang.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas