Connect with us

Oh! Media

“Sebenarnya Saya & Zizan Sudah Lama Tiada Apa-apa Hubungan Cinta” – Emma Maembong

gambar emma maembong bertudung terkinijpg

Umum

“Sebenarnya Saya & Zizan Sudah Lama Tiada Apa-apa Hubungan Cinta” – Emma Maembong

Baru-baru ini, nama dua selebriti popular Emma Maembong dan Zizan Razak sekali lagi menjadi sebutan apabila mereka dikatakan tidak hadir ke majlis pra tonton filem terbaru arahan Mamat Khalid sehingga membuatkan pengarah itu kecewa.

Ada juga yang mendakwa ketidakhadiran Emma ke majlis itu kerana isu percintaannya dengan Zizan Razak yang menjadi sebutan sehingga membuatkannya seakan melarikan diri. Namun, Emma menafikan perkara tersebut malah mengakui hubungan mereka kini hanyalah sekadar kawan biasa.

“Saya tidak pernah terfikir tentang itu, malah sebelum ini saya tetap hadir pada majlis-majlis hiburan yang besar walaupun dihimpit kontroversi. Secara jujurnya saya pun tidak tahu bahawa Zizan juga tidak dapat hadir pada malam itu.

“Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum.

“Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

IKLAN

Ditanya kepada Emma mengenai gosip kononya Zizan kini sedang mempunyai hubungan rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen. Emma menjawab;

“Saya tidak mahu ambil tahu dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

“Tentang wanita itu, hmmm… yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan.

OHMEDIA: Kongsikan sebarang info, gambar atau video menarik dan terkini di komuniti Oh! Media di Whatsapp 012 923 1562.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas