Connect with us

Oh! Media

Emma Maembong Dihentam Peminat Kerana Berseluar Ketat

Ohmedia emma maembong seluar ketat 1jpg

Umum

Emma Maembong Dihentam Peminat Kerana Berseluar Ketat

Sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang dilakukan akan menjadi perhatian dan buah mulut orang. Apalagi untuk seorang artis yang dahulunya lagha kini sedikit demi sedikit berubah menjadi muslimah sejati seperti Emma Maembong kan? Tentu setiap tindak-tanduknya akan sentiasa diperhatikan.

Bila dah mula bertudung ni, tentulah peminat mahu Emma berketerampilan lebih baik dan meninggalkan cara pakaiannya yang dulu. Gambar yang di’upload Emma sendiri di Instagram miliknya ini menerima teguran dari peminatnya kerana berpakaian tidak sesuai dengan imej seorang wanita bertudung dan ramai mengingatkan kaki itu juga aurat. Bukan sekadar rambut di kepala.

Namun Emma tidak cepat melatah mahupun memberikan sebarang respon. Kita anggap sahajalah Emma terima semua teguran kepada dirinya tu secara baik. Tapi siapa yang menegur macam maksum dengan kata-kata sindiran dan biadap tu, patut malulah pada diri sendiri sebab agama tak ajar cara nak menegur macam tu.

IKLAN

Pandangan Ohmedia (ini umum ya tak tuju pada siapa-siapa), bila kita didunia ni Allah takdirkan untuk menjadi popular, dikenali, dan disayangi ramai, maka dari situ bermulalah tanggungjawab yang berat untuk memberi kesan yang baik dan positif kepada peminat. Gunakan kelebihan yang ada untuk menjadi contoh dan ikutan (role model) yang baik-baik sahaja. Kalau nak buang sampah pun kena fikir dulu sebelum buang, inikan pula tentang pemakaian. Fikirlah dulu sebelum pakai ya? InsyaAllah, sama-sama kita semua jadi baik.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas