Connect with us

Oh! Media

Emma Dihentam Cuba Beri Kesedaran Tentang Gaza

Umum

Emma Dihentam Cuba Beri Kesedaran Tentang Gaza

Selebriti ni boleh dikatakan sebagai role model yang seharusnya sentiasa perlu mencuba untuk memberikan apa sahaja contoh yang baik dan menggunakan status sebagai insan yang dikenali untuk hal-hal yang mulia. Itulah yang cuba dilakukan Emma Maembong di Instagramnya apabila memuat-naik satu gambar yang mengaitkan tentang Piala Dunia dan serangan Israel terhadap Gaza.

ADVERTISEMENT

Di Gaza, umat Islam ketika ini sedang teruk dibedil tentera Zional laknatullah sejak hari Isnin yang lalu lagi. Telah banyak rumah dan bangunan yang musnah dan hari demi hari angkat kematian semakin meningkat. Apa yang dimuat-naik Emma ada relevennya untuk mengingatkan orang ramai tentang hal ini tetapi dalam masa yang sama, Emma turut mendapat kritikan teruk.

Melalui kata-kata dalam foto tersebut, Emma seolah-olah mempersoalkan kenapa tiada siapa yang peduli apabila setiap satu jam sebanyak 7 umat Islam dibunuh tetapi msyarakat lebih tertumpu kepada kekalahan Brazil 1-7 kepada German baru-baru ini? Kerana itu ramai yang menyelar tindakan Emma dan meminta Emma agar lebih sensitif kerana tak semestinya menonton bola, tidak prihatin terhadap apa yang berlaku di Gaza. Tidak muat-naik gambar berperang, tidak bermaksud tidak ambil tahu dan sekadar muatnaik gambar adakah bermakna sudah cukup membuktikan anda prihatin.

Namun ramai juga yang menyokong tindakan Emma dan berterima kasih kerana mengingatkan. Perkara begini biasalah apabila manusia ni tidak semua sama. Ada yang bersifat terbuka dan ada yang sentiasa ingin memberi tekanan kepada hidup sendiri. Namun dari tinjauan OhMedia ke Instagram Emma kelihatan yang komen-komen negatif telahpun tiada mungkin telah dipadam oleh Emma sendiri.

Alangkah baiknya jika diambil apa yang dikongsikan Emma atau sesiapa sahaja tentang Gaza itu dengan cara yang positif, pasti akan positif hasilnya. Namun suka juga diingatkan buat mereka yang suka pula muat-naik dan bercerita hal-hal Paestine ini agar tidak mudah bersangka buruk pada yang lain. Mereka tidak muat-naik gambar berperang, tak bermakna mereka tak ambil tahu.

Apa yang penting berdoalah di atas sejadah, bukan sekadar berdoa dari atas keyboard semata.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas