Connect with us

Oh! Media

Elyana Selesai Lakukan 11 Kali Radioterapi, Kesihatan Tidak Menentu

44630699 305002680106169 5666077049820144895 njpg

Umum

Elyana Selesai Lakukan 11 Kali Radioterapi, Kesihatan Tidak Menentu

Elyana yang ramai sudah sedia maklum akan penyakit kansernya kelenjar semenjak tujuh tahun lalu kini memaklumkan kesihatannya dalam keadaan yang tidak menentu setelah selesai menjalani rawatan radioterapi.

“Saya baru saja habis rawatan ini. Pada awalnya saya kena buat 10 kali radioterapi. Tetapi selepas habis, doktor nak tambah lima kali lagi. Namun, selepas melihat tindak balas baik ubat radiotertapi dengan badan saya, jadi doktor kurangkan kepada dua kali.

“Memandangkan saya jenis yang tak ikut betul-betul, saya hanya buat sekali saja. Satu lagi sesi saya ponteng. Keseluruhan saya kena 11 kali radioterapi. Diakui, ia memang sakit. Cuma kalau nak dibandingkan dengan kimoterapi yang lebih perit, radioterapi saya masih boleh sabar,” katanya sebagaimana dipetik sebuah akhbar.

IKLAN

Dalam pada itu, Elyana turut memberitahu kesan daripada rawatan tersebut dia agak sukar untuk makan dan minum kerana mulutnya dipenuhi ulser.

“Sepanjang rawatan ini, kulit saya terbakar, hitam, kusam, berjerawat dan rambut gugur. Pendek kata memang teruk,” katanya.

Elyana yang baharu sahaja kembali membuka laman Instagramnya selepas menutupnya seketika sebelum ini kerana tertekan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan netizen, turut mengucapkan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih buat anda yang sudah mendoakan kesihatan saya. Malah ada yang sudi buat buat solat hajat untuk saya. Biarpun tak dapat nak ucapkan depan-depan, saya sangat hargai. Terima kasih banyak-banyak.

“Kalau nak tahu, selama saya tutup sementara IG, saya rindukan peminat yang baik-baik. Mereka juga sumber kekuatan saya,” luahnya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas