Connect with us

Oh! Media

Elak Penyebaran Wabak Covid-19! Rakyat Dinasihatkan Tidak Bawa Anak Kecil Ke Bazar Ramadan

bazar ramadan covid 19

Umum

Elak Penyebaran Wabak Covid-19! Rakyat Dinasihatkan Tidak Bawa Anak Kecil Ke Bazar Ramadan

Alhamdulillah hari ini merupakan hari kedua bagi umat Islam khususnya di Malaysia menyambut puasa di bulan Ramadan. Setiap kali tibanya bulan Ramadan, rakyat di negara ini pasti akan berpusu-pusu untuk ke bazar Ramadan bagi mencari juadah untuk berbuka puasa.

ADVERTISEMENT

BACA: Doktor Kongsi 5 Tips Diet Terbaik Bulan Ramadan, Jangan ‘Overload’!

Pastinya, peluang ini tidak akan disia-sia kan seluruh warga Malaysia memandangkan negara kita ketika ini sedang berada dalam fasa peralihan endemik.

Kawasan sesak dan padat tidak sesuai untuk anak kecil

Sungguhpun begitu, menurut laporan Berita RTM, ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan untuk tidak membawa anak-anak mereka berkunjung ke bazar Ramadan. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya penyebaran wabak Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berpendapat bahawa kanak-kanak akan lebih mudah dijangkiti lebih-lebih lagi mereka yang belum divaksinasi.

Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai ini, kami dapati ramai pengunjung membawa anak kecil di tempat yang penuh sesak.

Kalau tempat sempit ini sebaiknya jangan bawa anak-anak, kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital

Beliau yang ditemui sewaktu pengagihan kurma di Bazar Ramadan Bagan Serai turut menyatakan bahawa statistik menunjukkan peratusan kanak-kanak yang mengambil vaksinasi hanyalah sebanyak 38 peratus.

Ini menunjukkan vaksinasi membabitkan kanak-kanak masih di tahap yang perlahan dan kami berharap ibu bapa mendapatkan vaksinasi untuk anak-anak mereka secepat mungkin

Diharapkan semua rakyat di negara ini agar terus mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19 di samping kita menyambut bulan Ramadan yang mulia kali ini.

Kredit: Berita RTM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas