Connect with us

Oh! Media

Elak Panaskan Kembali Masakan Sayur Bayam, Kenapa? Ini Alasannya!

Umum

Elak Panaskan Kembali Masakan Sayur Bayam, Kenapa? Ini Alasannya!

Bayam adalah satu sayuran yang biasa ditemui dan mudah disediakan sebagai juadah rakyat Malaysia. Sayur ini merupakan sayur hijau yang kaya dengan Vitamin A, B, C, zat besi dan kalium. Selain itu, sayur bayam juga dikatakan mempunyai banyak kebaikkan antaranya mengawal masalah kurang darah, merawat demam, memperbaiki fungsi ginjal dan banyak lagi.

ADVERTISEMENT

Salah satu cara mengendalikan sayuran bayam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah dengan menjadikannya sayur. Bagaimanapun sebenarnya sayur bayam juga dikatakan mempunyai kesan tidak baik kepada badan sekiranya ia dipanaskan berulang kali.

Menurut sebuah portal berita kesihatan dari negara seberang, sayur bayam yang sudah dimasak melebihi 12 jam tidak elok dipanaskan semula dan dimakan. Malah portal berkenaan juga menyarankan sayur berkenaan dibuang. Kenapa?

Ini kerana bayam dikatakan mengandungi nitrat yang mana paras ketingiannya ditentukan oleh tanah bayam tersebut ditanam. Sekiranya tanah berkenaan mengandungi nitrat yang tinggi, maka nitrat dalam bayam juga tinggi. Nitrat yang tinggi juga dikatakan memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan manusia.

Apabila sayur bayam dipanaskan semula, kandungan nitrat dalam bayam boleh berubah menjadi cairan korosif tidak berwarna. Cairan korosif tersebut merupakan sejenis asid yang berbahaya. Selain itu, nitrat berkenaan juga boleh berubah menjadi nitrosamin iaitu sejenis bahan karsinogen yang memberi risiko kanser.

Portal berkenaan juga menyebut bahaya perubahan nitrat dalam bayam dipengaruhi oleh suhu api ketika ia dipanaskan. Antara kesan kepada badan adalah ia dapat mempengaruhi keupayaan darah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas