Connect with us

Oh! Media

Dituduh Larikan Duit MLM, Eira Syazira & Azad Buat Laporan Polis

Umum

Dituduh Larikan Duit MLM, Eira Syazira & Azad Buat Laporan Polis

Berikutan dakwaan pelakon Eira Syazira dan suaminya Azad Jasmin melarikan wang milik pelabur syarikat MLM, pasangan itu tampil dalam media conference beserta laporan polis yang telah dibuat.

ADVERTISEMENT

Laporan polis itu dibuat terhadap pemilik syarikat MLM Rania Marketing yang disertainya iaitu Datuk Suhaimi Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy. Eira dan Azad menafikan dakwaan bahawa dia melarikan wang milik pelaburnya.

“Jika pihak mereka nak saman saya yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar. Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah. Setakat ini, kami ambil pendekatan tunggu & lihat apa yang akan dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan provokasi”

“Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk selesaikan perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang mengecewakan,” ujar Azad Jasmin.

Didalam media conference itu juga, Eira dan Azad memberitahu bahawa mereka mula berasa curiga dengan syarikat tersebut selepas tiga bulan menyertai dan mula berhenti melibatkan diri dalam Rania Marketing pada awal tahun ini.

Ezad juga memaklumkan hampir 1,000 orang downline dibawahnya tidak mendapat pulangan hasil dari pelaburan mereka dalam syarikat milik bekas ibu mertua Jimmy Shanley itu.

“Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800. Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka yang di bawah saya,” tambah Azad lagi.

———————————————————————————–
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas