Connect with us

Oh! Media

Eina Azman Sah Bergelar Isteri, Terima Hantaran RM77,000

Screen2bshot2b2014 09 012bat2b849532bampng

Umum

Eina Azman Sah Bergelar Isteri, Terima Hantaran RM77,000

 
Pelakon remaja Eina Azman, 19, selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Grand Hyatt di sini Ahad.

Akad nikah disempurnakan kira-kira pukul 9 malam oleh bapa Eina iaitu Azman Abdullah dengan mas kahwin sebanyak RM770. Pengantin lelaki melafazkan dua kali akad nikah.

IKLAN

Eina menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, dan wang hantaran sebanyak RM77,000 berserta sebuah kereta sport Chevrolet Camaro.

Majlis berlangsung dalam suasana meriah apabila kedua-dua pasangan tampil dengan pakaian punjabi.

Pengantin lelaki merupakan seorang muaalaf dan sebelum ini adalah beragama Sikh. Beliau seorang ahli perniagaan.

Sebelum ini Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman mencetuksan kontroversi ketika bercinta dengan Afiq Muiz apabila aktor itu dikatakan menderhaka kepada ibunya selepas mengenali Eina.

OH! MEDIA mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh dan Datin Paduka Ainur Syakina Azman. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas