Connect with us

Oh! Media

Dua Individu Buang Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Ke Dalam Sungai

Oh! Tidak

Dua Individu Buang Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Ke Dalam Sungai

Kes yang kian meningkat naik di India semakin merisaukan malahan ia seakan-akan tidak mampu dibendung oleh kerana negara itu menjadi salah satu negara yang menunjukkan kes jangkitan tertinggi di dunia. Kerajaan India kini berusaha sedaya upaya untuk melawan gelombang kedua dengan sebanyak 28 juta kes dilaporkan.

ADVERTISEMENT

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video yang berlaku di Uttar Pradesh, India menunjukkan dua individu sedang membuang mayat yang dipercayai dijangkiti Covid-19 ke dalam sungai.

Suspek yang terlibat dikenali sebagai Sanjay Kumar dan Manoj Kumar yang ditangkap sabtu lalu hasil daripada bantuan pengguna jalan raya yang menjadi saksi atas perbuatan mereka.

Menerusi video yang tular, kelihatan dua lelaki yang mana salah seorang daripada mereka mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) dilihat sedang berdiri di tepi jambatan di Balrampur sebelum bertindak membuang jenazah yang siap berbalut disyaki meninggal dunia akibat Covid-19 ke dalam sungai Rapti.

Pihak polis mengenalpasti identiti mayat yang dikenali sebagai Premnath tanpa memberitahu hubungan dengan kedua-dua individu itu.

Sementara itu, menurut New York Post, Premnath meninggal dunia di hospital pada 25 Mei lalu selepas disahkan positif Covid-19 sebelum menyerahkan kepada keluarganya untuk upacara pembakaran mayat.

Bagaimanapun, mayat Premnath dipercayai dibawa oleh kedua-dua suspek ke sungai sebelum dibuang ke dalam sungai.

Video itu tular dua minggu selepas pihak berkuasa India menemui 70 mayat terapung di Sungai Gangga dipercayai pesakit Covid-19.

Kredit: Metro Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas