Connect with us

Oh! Media

Neelofa Bengang, Dress Merah Semasa AME2015 Digelar Sotong

Umum

Neelofa Bengang, Dress Merah Semasa AME2015 Digelar Sotong

ADVERTISEMENT

Kalau tahun lalu, aktres cantik Neelofa menerima kritikan hebat daripada orang ramai kerana mengenakan pakaian ala-ala Power Rangers semasa mengacarakan Anugerah MeleTop Era.

Pada tahun ini, walaupun telah berpakaian lebih sopan dengan imejnya sudah berhijab, Neelofa tetap menerima kritikan mengenai dress merah yang dipakainya.

Neelofa didakwa agak bengang apabila dress merah yang dipakai pada malam AME2015 baru-baru ini digelar sebagai sotong oleh seorang make-up artis yang juga merupakan kenalannya sendiri di laman sosial.

Menurut pereka fesyen yang bertanggungjawab menghasilkan baju yang dipakai Neelofa itu, Fiziwoo menganggap segelintir pihak yang mengkritik dress merah itu adalah seorang yang buta fesyen.

Beliau juga memaklumkan bahawa dia sudah meminta pendapat dari lebih 10 pakar fesyen tanah air tentang rekaannya itu sebelum digayakan Neelofa.

“Mereka tidak tahu tentang fesyen dan melihat apa juga perkara yang baru dari sudut pandangan negatif dengan tujuan mengkritik sahaja.

“Sebelum ia dipakai Neelofa saya sudah terlebih dahulu minta pendapat pakar-pakar yang tahu tentang fesyen termasuk editor majalah antarabangsa mengenai baju rekaan saya itu.

“Dan mereka semua beri reaksi positif serta menganggap ia setanding dengan kualiti rekaan peringkat antarabangsa,” ujarnya.

OHMEDIA: Dunia hiburan lagi banyak manusia yang akan mencari salah, mengkritik. Sabarlah Neelofa.

—————————————————————
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas