Connect with us

Oh! Media

Akibat Ditipu Pengurus, Tegar Kembali Mengemis

Umum

Akibat Ditipu Pengurus, Tegar Kembali Mengemis

Penyanyi cilik dari Indonesia Tegar kini dilaporkan hilang punca pendapatan sebagai penyanyi apabila dia ditipu oleh pengurusnya sendiri sehingga memaksa dia untuk kembali kepada kehidupan lamanya sebagai pengemis jalanan.

ADVERTISEMENT

Perkara itu disampaikan oleh bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, ibu kepada penyanyi berusia 13 tahun itu juga turut kembali mengemis.

“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang. Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar. Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi”

“Saya simpati dengan Tegar. Pasport Tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’. Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran persembahan di Malaysia kerana tiada passport,” kata sumber tersebut.

 Menurut sumber lagi, bekas pengurusnya itu adalah berwarganegara Singapura namun dipercayai kini berada di Kuala Lumpur. Dia merupakan pengurus kedua Tegar.

“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu. Banyak duit Tegar habis disebabkan dia”

“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’,” tambahnya lagi.

Bukan itu sahaja, Tegar juga didakwa telah disimpan selama sebulan oleh pengurusnya itu dan tidak dibenarkan menghubungi keluarga di kampung.

OHMEDIA: Kasihan Tegar. Jika dia berjumpa orang yang jujur mahu menaikkan namanya, pasti bakatnya boleh pergi lebih jauh dalam industri muzik.

————————————————————

www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas