Connect with us

Oh! Media

Diana & Farid Namakan Anak Kedua Nur Aurora Kerana Lahir Waktu Subuh

Umum

Diana & Farid Namakan Anak Kedua Nur Aurora Kerana Lahir Waktu Subuh

Pelakon Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle mengakui kehadiran cahayamata keduanya iaitu seorang puteri melengkapkan lagi keluarga mereka.

ADVERTISEMENT

Menurut Farid, memandangkan anak perempuannya dilahirkan pada pagi Subuh, dia dan Diana memberikan nama Nur Aurora yang membawa maksud Cahaya Fajar.

BACA : Diana Danielle Selamat Timang Cahayamata Kedua Melalui Teknik Air

Sementara itu, Farid berkata, dia kini lebih tertumpu menjaga anak sulungnya, Muhammad yang berusia dua tahun, manakala Diana, 24, pula menguruskan Aurora.

“Lagipun saya masih janggal memegang Aurora kerana merasakan dia terlalu kecil dan halus. Risau pula kalau nak pegang dia. Takut dikasari,” ujarnya sambil memberitahu bayi keduanya itu lahir dengan berat 3.29 kilogram.

Dalam pada itu Farid juga berasa lega kerana melihat isterinya kurang mengalami kesakitan selepas melalui proses bersalin di dalam air (water birth). Menerusi teknik itu, Diana dikatakan tidak perlu melalui kontraksi yang terlalu lama malah proses bersalin hanya berlaku dalam masa satu jam sahaja.

“Alhamdulillah, situasi sakit Diana hanya berlaku seketika sahaja. Kira-kira pukul 6 petang (18 November) Diana mula berasa sakit, kemudian saya bawanya ke hospital pada pukul 3 pagi (19 November) dan pada 4.05 pagi, anak perempuan saya dilahirkan,” katanya kepada mStar Online.

OHMEDIA: TAHNIAH BUAT DIANA DAN FARID. SEMOGA TERUS BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas