Connect with us

Oh! Media

“Biar Tak Pandai, Jangan Tak Bijak” -Google ‘Review’ Resort Buruk Gara-Gara Budak SPM 2021

Salang Sayang

Trending

“Biar Tak Pandai, Jangan Tak Bijak” -Google ‘Review’ Resort Buruk Gara-Gara Budak SPM 2021

Hari ini trending di Twitter ujian mendengar Bahasa Melayu SPM 2021 yang dikatakan agak mengelirukan. Kebanyakan daripada calon mendakwa perkataan ‘Salang Sayang Resort’ yang disebut dalam pita rakaman tidak kedengaran dengan jelas menyebabkan mereka tidak dapat menjawab dengan baik.

BACA: Pelajar Stress, Jadual SPM Terlalu Padat?

Disebabkan hal itu, ramai calon menjadikan laman sosial masing-masing sebagai tempat meluahkan rasa terkilan. Lebih parah apabila ada yang mengambil keputusan ‘kurang bijak’ dengan meninggalkan review buruk mengenai resort itu di Google. Memang wujud ye Salang Sayang Resort ni.

IKLAN

Seorang pengguna Twitter mendedahkan, rating Salang Sayang Resort yang terletak di Pulau Tioman jatuh disebabkan ramai budak-budak SPM 2021 meninggalkan komen marah.

“Terima kasih menyusahkan kami,” kata seorang calon.

Seorang lagi calon berkata, “Kalau aku fail SPM semua salah kau ya.”

Hal itu menyebabkan netizen tidak berpuas hati dan menganggap pelajar-pelajar SPM ini kurang bijak dan bertindak mengikut emosi. Iyalah, tak pasal-pasal resort yang kena tempias pelajar-pelajar yang salah dengar ni.

Salang
274460218 10224243740615380 5738602398572787953 n

Admin Salang Sayang Resort walau bagaimanapun dilihat tenang dan meninggalkan ucapan yang baik-baik buat calon SPM batch 2004. Dia juga memohon calon-calon tidak marah dan kekal tenang.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan sebanyak 3,382 pusat peperiksaan dibuka bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) termasuk Ujian Amali Sains peperiksaan SPM 2021.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu dilaksanakan bermula 8 Februari hingga 10 Februari, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 22 hingga 24 Februari manakala Ujian Mendengar kedua-dua bahasa akan dibuat pada 21 Februari.

Kredit: Twitter mfitsayie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas