Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tidak Merancang Untuk Sertai Politik

Doc6rvxondso3r1k0busegpjpg

Umum

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tidak Merancang Untuk Sertai Politik

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berniat untuk menyertai bidang politik. Siti ketika ditemui berkata, selain aktiviti kemasyarakatan, beliau juga mahu memberi tumpuan penuh terhadap bidang seni dengan terus menghiburkan peminatnya.

“Benar, saya banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, lebih-lebih lagi apabila saya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Dan Warisan (Aswara) dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar. Tetapi saya tidak berhasrat untuk menceburi bidang politik.

“Tetapi, hati lebih tenang dan senang jika saya menumpukan perhatian terhadap bidang nyanyian,” katanya.

IKLAN

Siti kini baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-40 semalam dan berharap diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja dan menghiburkan peminat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas