Connect with us

Oh! Media

“Daripada Saya Mengamuk Dekat Set Penggambaran…” – Zahiril Adzim

Umum

“Daripada Saya Mengamuk Dekat Set Penggambaran…” – Zahiril Adzim

Korang nak tahu tak Zahiril Adzim sebenarnya nak karya yang lebih baik di Malaysia dalam industri hiburan. Mana taknya, dia pergi ke luar negara sebelum ni dan merasakan Malaysia hanya di pandang sebelah mata je dengan negara lain.

ADVERTISEMENT

Sebenarnya saya mengharapkan karya-karya yang datang selepas ini lebih baik. Namun tidaklah saya menentang karya yang hanya hiburan semata-mata. Saya sudah berjalan di merata tempat di luar negara, apa yang saya lihat hiburan memang diperlukan dalam sebuah karya. Sebab kita tahu penonton memerlukannya. Dia balik kerja dalam keadaan penat, dia nak lihat perkara yang menghiburkan bukan memeningkan kepala. Tapi haruslah seimbang. Saya pernah pergi ke Macau. Masa tu belum banyak lagi filem-filem yang berkualiti dan saya rasa Malaysia hanya di pandang sebelah mata saja oleh negara lain. Saya nak apabila orang Malaysia pergi ke luar negara, ada karya kita yang boleh dibanggakan. Masih banyak benda-benda yang dalam industri ini yang masih tak berubah dan saya sudah tak boleh nak menghadap lagi benda yang macam ni. Dah 10 tahun pun sama juga, masalah yang sama. Jadi daripada saya mengamuk dekat set penggambaran lebih baik saya elak dan beri pada orang lain. Cara kerja di set saya boleh cakap masih lemah. Bukan saya nak mengecam pihak produksi malah artis sendiri pun masih ramai lagi yang lemah dan tak profesional. Daripada mula-mula saya masuk industri sampai sekarang, perubahan itu tak banyak. Sedangkan negara lain dah pergi jauh, sampai bila kita ingin menunggu?

Hmm betul juga apa dia cakap tu. Bukannya apa, kadangkala sis tengok lakonan dalam setiap drama macam lebih kurang je. Mesti ada watak orang kaya kahwin dengan orang miskin, lepas tu kena reject dengan mak ayah mertua yang kaya tu haha!

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas