Connect with us

Oh! Media

Dari Train To Busan, Kini Bersama Team Marvel The Eternals

Umum

Dari Train To Busan, Kini Bersama Team Marvel The Eternals

Siapa tak kenal dengan pelakon lelaki Korea yang cukup popular dalam filem Train To Busan, Ma Dong Seok dengan tubuh yang besar dan sado kan. Untuk pengetahuan korang, Ma Dong Seok telahpun tersenarai dalam barisan pelakon Marvel iaitu filem The Eternals.

ADVERTISEMENT

Ma Dong Seok nampaknya cukup bertuah apabila dapat bersama pelakon-pelakon lain seperti Angelina Jolie, Selma Hayek dan Richard Madden. Jika peminatpun sudah cukup teruja ingin melihat pelakon Korea ini berlakon di dalam Marvel, mestilah Ma Dong Seok juga amat teruja kan.

Keterujaan Ma Dong Seok dapat dilihat apabila dia berkongsi gambarnya bersama barisan pelakon-pelakon ini di laman Instagramnya yang dipercayai diambil semasa dalam perjalanan ke San Diego Comic Con baru-baru ini.



Ohmedia pun tak sabar nak tengok filem The Eternals ni. Untuk korang yang layan komik Marvel, pasti tahu bagaimana kumpulan ini wujud di mana Eternals merupakan satu bangsa purba yang dicipta berjuta tahun yang lalu melalui entiti kosmik.

Tapi untuk filem macam mana pula agaknya? Sama-samalah kita nantikan filem arahan Chloe Zhao dan dimaklumkan ia akan memulakan penggambaran pada awal bulan Ogos yang dijangka siap pada bulan Januari tahun hadapan. Selepas itu kita sama-sama tonton pada 6 November 2020, tarikh jangkaan Marvel.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas