Connect with us

Oh! Media

Cuba 6 Petua Ini Untuk Kurangkan Sakit Leher

neck painjpg

Umum

Cuba 6 Petua Ini Untuk Kurangkan Sakit Leher

Ramai yang mengeluh berdepan dengan masalah sakit di sekitar leher dan atas bahu. Lebih daripada 17% wanita dan 12% lelaki mengalami sakit dan rasa kaku di leher atas pelbagai sebab. Ia menjadi fenomena sakit yang biasa dan paling umum, khususnya dalam kalangan mereka yang sibuk.

Antara sebab berlakuya sakit leher termasuk penggunaan gajet dalam posisi tunduk, amalan postur yang salah, tekanan (stres), gerakan leher secara berulang atau kemalangan yang melibatkan kawasan leher. Berikut adalah beberapa cara yang dipetik di Healthline.com untuk melegakan rasa sakit pada leher.

1. Pek sejuk atau panas 

Umumnya, rasa sakit pada bahagian tubuh khususnya leher boleh diredakan dengan pek sejuk atau panas. Pek sejuk, yang disejukbekukan selama 24-48 jam, mengurangkan keradangan di kawasan leher yang menyakitkan. Manakala pek panas pula memudahkan peredaran darah. Anda boleh mencuba kedua-duanya secara bergilir.

IKLAN

2. Lakukan regangan 

Amalan meregang juga membantu mengurangkan kesakitan dan rasa kaku pada leher. Namun, pastikan ia dilakukan tanpa tergesa-gesa atau secara tiba-tiba. Regangan boleh dilakukan dengan menolak bahu ke hadapan dan belakang. Tekan kedua-dua lengkungan bahu seiring dan bergilir dari kiri dan kanan. Bagaimanapun, seeloknya letakkan pek panas atau mandi dengan air suam sebelum melakukan regangan.

3. Urut 

Urut boleh menjadi pilihan sama ada anda mahu diurut atau tidak. Namun, urutan hanya boleh dilakukan oleh profesional sahaja. Urutan boleh membantu melegakan otot dan mengurangkan kesakitan di sekitar leher.

4. Akupunktur

Akupunktur memerlukan jarum-jarum dimasukkan dalam titik-titik tertentu pada tubuh. Walaupun belum ada kajian ilmiah mengenai akupunktur, terapi dilakukan sejak beratus-ratus tahun yang lalu sebagai rawatan tradisional di tanah besar Asia Timur. Kalau berani, bolehlah cuba!

5. Kurangkan tekanan 

Tidak dapat dinafikan tekanan memberi kesan kepada kesakitan fizikal pada tubuh, termasuk leher kaku. Tekanan membuat otot leher mengeras. Oleh itu lebih baik mengurangkan tekanan dengan mendengar muzik irama perlahan, meditasi, bercuti, dan mengamalkan hobi yang mendamaikan.

6. Tidur dalam persekitaran yang selesa

Posisi tidur yang salah menjadi satu sebab utama sakit leher. Oleh itu, pastikan katil, bantal, dan kedudukan tidur betul supaya tidak lagi sakit. Pastikan juga tilam cukup padat untuk menyokong badan, gunakan bantal leher jika perlu. Cuba merehatkan badan anda sebelum tidur.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas