Connect with us

Oh! Media

Kesusahan Tidak Halang Jaga 13 Orang Anak

Umum

Kesusahan Tidak Halang Jaga 13 Orang Anak

ADVERTISEMENT

Kesusahan tidak menjadi penghalang kepada Abdu Ghani Che Omar, 48, dan isterinya untuk terus hidup bersama-sama 13 anaknya tanpa menyusahkan orang lain di Kampung Cherang Tok Rong, Pasir Mas, Kelantan.

“Walaupun susah, saya dan isteri tidak akan serah zuriat kami kepada orang lain,” kata Abdul Ghani.

Abdul Ghani berkata, dia dan isterinya Azimah Musa, 38, tidak akan melepaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada semua anaknya berusia dua hingga 19 tahun. Katanya, semua anaknya dianggap sebagai amanah dan rezeki daripada Allah SWT.

“Pernah ada beberapa orang, termasuk dari Kuala Lumpur, datang mahu menjadikan anak kami sebagai anak angkat dengan menawarkan rumah dan kenderaan, namun kami tolak dengan baik.

“Biarlah susah sekalipun, kami akan tetap menjaga mereka mengikut kemampuan dan jika diberi rezeki untuk tambah anak lagi, kami terima,” katanya.

Menurut Abdul Ghani, untuk menyara hidup, dia membantu isterinya berniaga serunding dengan pendapatan sebanyak RM500 sebulan.

“Dulu saya berkerja sebagai tukang rumah tetapi selepas menghidap penyakit kencing manis kronik dua tahun lalu, saya tidak boleh melakukan kerja berat dan terpaksa membantu isteri berniaga serunding secara kecil-kecilan.

“Dengan pendapatan tidak seberapa, kami hanya menjalani kehidupan sederhana tidak seperti keluarga lain dan saya bersyukur semua anak memahami kesusahan dialami,” katanya.

Seramai 11 daripada 13 anak Abdul Ghani masih bersekolah termasuk anak sulungnya Nornaizatul Asma, 19, yang menuntut di Politeknik di Shah Alam dalam jurusan Diploma Teknologi Berasaskan Kayu.

Abdul Ghani berkata, walaupun hidup dalam kesusahan, dia tidak pernah mengambil jalan mudah dengan meminjam wang kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Saya tidak akan meminjam wang daripada orang lain kerana bimbang tidak mampu membayarnya semula.

“Saya juga bersyukur kerana turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM2,000 sebagai modal untuk memulakan perniagaan,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan sambutan Aidilfitri, Abdul Ghani berkata, seperti tahun sebelum ini mereka menyambutnya secara sederhana dan belum membuat persediaan.

“Bagaimanapun, pakaian baru tetap akan disediakan kepada anak dan dibeli mengikut kemampuan,” katanya.

Sesiapa yang mahu membantu boleh menghubungi Azimah di talian 0199024184.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas