Connect with us

Oh! Media

Che Ta & Zain Saidin Bakal Buat Umrah & Tunai Nazar Dapat Anak

Screen2bshot2b2015 01 202bat2b1205232bpmpng

Umum

Che Ta & Zain Saidin Bakal Buat Umrah & Tunai Nazar Dapat Anak

Walaupun hasrat untuk menunaikan umrah kali ini merupakan kali ke tujuh bagi aktres cantik Rozita Che Wan dia tetap berasa teruja untuk menjejakkan kaki ke tanah suci lagi.

Menganggap umrah kali ini sangat istimewa kerana buat pertama kalinya akan pergi bersama suami tercinta Zain Saidin dengan satu tujuan untuk menunaikan nazar yang telah mereka buat dulu.

“Dulu masa lepas kahwin kita ada bernazar, kalau mengandung nak pergi umrah. Insya-Allah kami akan bertolak sekitar pertengahan Februari dan pulang pada awal Mac. Kami gunakan duit sendiri untuk umrah ini,” ujar Che Ta.

Ditanya tentang anak perempuan comel yang baru dilahirkanya, Che Ta memberitahu bahawa Aaisyah Dhia Rana tidak akan ikut serta mereka berdua ke tanah suci kali ini kerana bimbang kesihatan anaknya ekoran banyak pembinaan yang sedang giat dilakukan di Mekah pada ketika ini.

IKLAN

“Kalau cakap pasal rindu, memanglah rindu bila fikir nak tinggalkan Aaisyah. Semalam pun semasa kami pergi jemputan kahwin, kami dok teringat-ingatkan Aaisyah sebab tak bawa dia bersama”

“Tapi biasanya, bila dah sampai di Tanah Suci Mekah, kita tidak ingat apa dah sebab fokus pada amal ibadat saja,” tambah Che Ta lagi.

OH! MEDIA: Tahniah buat Che Ta & Zain Saidin dilimpahi dengan segala kesenangan dan nikmat. Semoga terus berbahagia. 

Cuti dah dekat. Jom booking tiket bas!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas