Connect with us

Che Ta Hadiahkan Pakej Umrah Sempena Hari Jadi Zain Saidin

Umum

Che Ta Hadiahkan Pakej Umrah Sempena Hari Jadi Zain Saidin

Semalam berlangsungnya satu majlis kesyukuran dan bacaan Yasin secara tertutup yang diadakan oleh Rozita Che Wan untuk meraikan hari ulangtahun Zain Saidin yang ke-31. Dalam majlis itu, Rozita juga turut menyambut hari lahir penerbit popular Fadzil Teh.

Apa yang istimewannya, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta memilih untuk menghadiahkan pakej umrah buat suaminya sebagai hadiah hari jadi dan mereka berdua akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 25 Februari


“Kami akan pergi berdua ke sana. Ia umrah pertama saya dan isteri saya sudah beberapa kali mengerjakan umrah,” katanya.

Ditanya kepada Zain tentang kehidupannya sekarang, Zain sempat berseloroh membayangkan dirinya masih berusia 21 tahun. Banyak perkara diimpikan dan mengharapkan rumahtangganya bersama isteri tercinta berkekalan hingga ke jannah.

Ditambah pula kehadiran cahayamata mereka yang sangat comel dan sering menjadi perhatian iaitu Aaisyah Dhia Rana, Zain mengakui kehadiran anak perempuan yang menjangkau usia 4 bulan itu benar-benar melengkapkan hidupnya.


“Saya juga mahu menceburi dunia perniagaan sendiri. Lagipun saya juga tak mampu meramal sampai bila akan bertahan dalam dunia seni. Saya perlukan sandaran.

“Buat permulaan saya dan teman artis, Hairie Safwan sedang mengusahakan perniagaan pakaian kanak-kanak dengan harga murah serta mampu milik. Ini langkah permulaan saya dan insya-Allah nanti saya merancang perniagaan pakaian juga tetapi lebih kepada pasaran atasan.

“Kami buat sementara waktu beroperasi hanya melalui dalam talian selain menyertai bazar di serata negeri tak lama lagi,” katanya yang dijangka kembali mempromosikan dunia nyanyian yang selama ini tertunda kerana beberapa masalah.

“Hidup saya hampir sempurna. Tapi dari segi kewangan saya kena terus bekerja keras untuk memastikan kesenangan keluarga. Dengan usaha, insya-Allah rezeki itu takkan pernah putus. Kehadiran Aaisyah juga terus menambah rezeki.

“Aaisyah bagai rahmat istimewa buat saya dan isteri. Malah setiap orang yang berjumpa dengannya akan tersenyum gembira dan seakan dapat melupakan masalah yang ada,” katanya.

 

OHMEDIA: Selamat Ulang Tahun buat Zain Saidin. Semoga terus success dan berbahagia bersama isteri dan anak tercinta.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top