Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Che Ta Berang Dituduh Berseluar Pendek di London

Umum

(Gambar) Che Ta Berang Dituduh Berseluar Pendek di London

Umum sedia maklum, aktres cantik Rozita Che Wan serta keluarga dan teman baiknya kini sedang bercuti di Kota London.

ADVERTISEMENT

Che Ta yang sememangnya bijak bergambar telah memuatnaik gambar kenangan di London ke media sosial Instagramnya. Namun, sudah menjadi lumrah menjadi selebriti ada sahaja yang tidak kena di mata peminat.

Peminatnya di laman sosial mengkritik Che Ta kerana didakwa kononnya mengenakan seluar pendek. Beribu-ribu komen yang dikeluarkan terhadap gambar Che Ta, ada yang menjelaskan bahawa ianya adalah seluar yang berwarna kulit.

“Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu”

“Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata. Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Biarlah apa orang nak cakap, saya cool,” ujar Che Ta.

Walaubagaimanapun, Ibu kepada bayi comel Aaisyah Dhia Rana ini mengakui tidak terkesan dengan dakwaan dan kritikan itu kerana jelas beliau tidak mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat apatah lagi dengan imejnya yang bertudung. 

OHMEDIA: Peminat pun agak-agaklah! Takkan tak boleh pikir, dengan imej Che Ta bertudung logik pulak dia nak pakai seluar pendek. Fikir negatif ajeee!!

——————————————————–
https://www.facebook.com/ohperfumenista
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
FREE POSTAGE + FREE TESTER
Whatsapp – 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas